Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Sedia Bantu Sekolah Yang Mempunyai Murid Istimewa

IPOH- Kerajaan negeri sedia menghulurkan bantuan dari segi pemberian kemudahan serta keselesaan kepada sekolah khususnya yang mempunyai murid-murid pendidikan khas.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, beliau berharap akan lebih banyak sekolah yang tampil jika pihak mereka memerlukan sebarang keperluan terhadap murid-murid istimewa di sekolah masing-masing.

“Saya harap sekolah yang mempunyai murid pendidikan khas jika ada keperluan boleh berhubung dengan kerajaan negeri atau melalui saya terus di mana kita akan cuba membantu untuk memberi kemudahan serta keselesaan kepada pelajar istimewa ini,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Santuni Pelajar Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelapang Jaya di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan kepada pihak sekolah dari segi memberikan keselasaan kepada murid istimewan di dalam kelas.

“Jika dilihat dari segi keadaan kelas yang tidak selesa, maka kerajaan negeri telah meluluskan sedikit peruntukan bagi memasang syiling dan menambah kipas kerana agak menyedihkan jika berada di bawah bumbung zink pada waktu tengah hari kerana cuaca yang panas.

“Tahun ini, kelas ini juga akan mendapat peruntukan bagi memasang syiling,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan untuk meraikan anak-anak istimewa di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya dan Sekolah Menegah Kebangsaan Tasek Damai disampingkan dapat menyediakan juadah KFC kepada lebih 120 orang murid di kedua-dua sekolah berkenaan.

Katanya, program pertama beliau adalah pada tahu lalu dan pada tahun ini beliau hadir bukan sahaja untuk menyantuni murid berkenaan sahaja tetapi untuk melihat apakah keperluan yang perlu dibantu untuk keselesaan anak-anak istimewa tersebut.

“Sebenarnya mereka ini mempunyai potensi untuk berjaya jika diberi galakan, didikan dan semangat oleh guru-guru yang menjaga dan mendidik mereka.

“Saya mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru sekolah ini dan wakil daripada pejabat pendidikan daerah Kinta di manaa program seperti ini akan saya laksanakan secara tahunan sebagai menghargai guru dan menyantuni anak-anak istimewa ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");