Berita Hari Ini

Kerajaan Sepenggal Satu Amaran, Kata Zuraida

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan (PH) berisiko menjadi “kerajaan sepenggal” semalam adalah satu amaran.

Kata Zuraida, amaran tersebut juga jelas ditujukan kepada mereka yang masih belum dapat menyesuaikan diri sebagai kerajaan.

“Ya (kerajaan sepenggal), itu amaran kepada pihak-pihak yang masih lagi tidak boleh menyesuaikan diri sebagai kerajaan.

“Jadi, mereka harus berhati-hati dan kalau mereka sayang (PH) mereka harus berubah.

“Tetapi kalau nak teruskan, macam saya sebut semalam mana-mana kerajaan macam ini anda tidak akan tahan lama,” katanya kepada pemberita.

Zuraida berkata demikian selepas Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam KPKT dan Pelancaran Laporan Pencapaian KPKT 2019 Serta Visi dan Misi Baharu KPKT di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Reutersmelaporkan Mahathir berkata bahawa parti pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika tidak berubah.

Bagaimanapun, Mahathir dalam sidang media selepas melancarkan perkhidmatan rangkaian 5G di Langkawi menjelaskan agensi berita antarabangsa itu, yang mengeluarkan laporan itu, berhak menyatakan “pandangannya” sendiri.

Kenyataan Mahathir itu dibuat selepas Warisan, sekutu Pakatan Harapan, kalah dalam pilihan raya kecil Kimanis, Sabtu lalu.

Tinjauan juga menunjukkan populariti gabungan itu merosot di kalangan orang awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");