Berita Hari Ini

Kes Video Intim: Tiada Individu Akan Didakwa, Kata Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet seperti yang tular beberapa bulan lalu.

Memetik laporan Astro Awani, Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan kes video seks itu.

Ini, katanya, berikutan siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan bagi memastikan fakta berhubung video itu termasuk.

“Dalam hal keadaan-keadaan ini dan setelah menyemak keterangan yang telah dikumpulkan dan dikemukakan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) kepada Jabatan ini, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan kepada saya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video berkenaan.

“Saya telah menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras dengan amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi,’ kata Tommy dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Klip-klip video itu, tegas Tommy, telah dihantar untuk ditentukan ketulenan dan pengecaman wajah di dalam dan luar negara.

CyberSecurity Malaysia juga telah menyimpulkan walaupun video video itu dianggap tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video rendah.

Dalam kenyataan itu, Tommy menegaskan, PDRM juga gagal untuk mengenal pasti individu individu terbabit dalam video tular itu disebabkan resolusi rendah dan kualiti video serta rangka tidak jelas yang membawa kepada dapatan tidak konklusif.

Sementara itu, Tommy turut menegaskan, siasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baharu diperoleh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");