Berita Hari Ini

Koronavirus: Aktiviti Saringan Kesihatan Di Pintu Masuk Negara Diperkukuh

KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara sebagai langkah kesiapsiagaan dalam menangani jangkitan kluster 2019 Novel Koronavirus.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara usaha yang diambil termasuk menempatkan pengimbas haba di ‘entry points’ bagi mengesan kehadiran mereka yang mempunyai gejala demam.

Jelasnya bagi daerah Johor Bahru, terdapat enam PMA dengan dua daripadanya masing-masing di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) yang merupakan pintu masuk darat dari Singapura.

Purata pelancong China yang masuk melalui KSAB adalah 3,000-3,500 orang sehari sepanjang 2019.

“Semasa lawatan ke KSAB pada petang Isnin, saya telah melihat sendiri langkah-langkah kesiapsiagaan agensi-agensi terlibat bagi mengesan pengembara yang bergejala.

“Sekiranya terdapat pengembara yang disyaki, beliau akan diperiksa selanjutnya di Bilik Saringan Kesihatan dan dirujuk kepada Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata satu laluan khas imigresen bagi mana-mana pengembara yang berasal dari negara China juga telah diwujudkan.

Agensi Berita China, Xinhua semalam melaporkan pihak berkuasa kesihatan China mengumumkan 80 kematian dan 2,744 kes penyakit radang paru-paru yang disahkan akibat Koronavirus, dengan 461 kritikal.

Setakat pagi ini, empat kes Koronavirus dikesan di negara ini.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");