Berita Hari Ini

Koronavirus: “Tak Perlu Keluar Menonton Wayang, Kenduri Pun Kurangkan Pergi”

KUALA LUMPUR: Beberapa pihak tidak bertanggungjawab didakwa cuba mengambil kesempatan atas kegusaran orang ramai terhadap kes koronavirus dengan menjual makanan kesihatan altenatif.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, tindakan pihak berkenaan dilihat sengaja ingin membimbangkan lagi masyarakat susulan kes pertama koronavirus di Malaysia yang disahkan hari ini.

“Makanan sunah dan minum air jus apa-apa entah, banyak sangat ambil kesempatan atas kegusaran orang ramai.

“Teori-teori ini tak betul tapi orang takut dan bimbang jadi mereka terpengaruh dan merosakkan lagi kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya ketika ditemubual dalam program Buletin Awani Khas pada Sabtu.

Mengulas lanjut Dr. Zainal Ariffin berkata, media sosial juga bertanggungjawab untuk tidak mempromosikan perkara yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai seperti menggunakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.

“Banyak sangat nasihat dan promosi, misalnya sekarang berlumba-lumba ramai nak beli topeng muka dan hand sanitizer (sabun pencuci tangan).

“Kita bimbang nanti ada yang ambil kesempatan naikkan harga dan menyorokkan pula,” ujar beliau.

Di samping itu, beliau turut menasihatkan supaya orang ramai mengurangkan pergerakan luar sekiranya terdapat simptom seperti demam, batuk dan selsema.

“Kalau kita ada demam dan selsema kita kurangkan pergerakan, tak payah nak keluar tengor wayang, kedai, kenduri-kenduri pun kalau boleh kurangkan,” katanya.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");