Perak Hari Ini

Koronavirus: Timbalan Mufti Perak Syor Kerajaan Sekat Kemasukan Pelancong

IPOH: Pihak kerajaan digesa untuk mempertimbangkan cadangan untuk tidak menerima kedatangan pelancong yang dikenal pasti dari negara yang menjadi punca penularan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata selain daripada mengadakan solat hajat, langkah sedemikian juga harus diambil sebagaimana ia turut dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

“Perkara tersebut sesuai dengan langkah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.

“Jika negara asal mereka tidak melarang rakyatnya mengunjungi negara kita, maka kita berhak sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyakit berkenaan merebak di dalam negara ini.

“Sesungguhnya menjaga nyawa itu salah satu ‘maqasid’ penting yang perlu diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar rakyat di negara ini agar terus mengikuti panduan dan saranan daripada Kementerian Kesihatan

“Dalam menghadapi wabak Koronavirus di seluruh dunia, Islam mempunyai panduan yang perlu dijadikan panduan setiap muslim di negara ini, bahkan ia sesuai kepada semua penduduk negara ini.

“Semua penduduk negara ini wajib mengikuti panduan kesihatan dan kawalan penularan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari masa ke semasa.

“Saranan mengadakan solat hajat dan membaca doa-doa yang ma’thur adalah sangat perlu di dalam menghadapi situasi yang semakin merisaukan masyarakat,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");