Perak Hari Ini

Lancar Logo Baru ‘Pasir Salak Tourism’ Manfaatkan VM2020

PASIR SALAK: Bagi memanfaatkan industri pelancongan melalui Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020), negeri Perak terus mengambil tempat dengan melancarkan logo baru iaitu Pasir Salak Tourism.

Menurut Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Negeri Perak, Zamari Muhyi, pelancaran logo baru tersebut merupakan salah satu usaha persatuan bagi meningkatkan aktiviti pelancongan di Pasir Salak.

“Kita menyambut baik Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan produk tempatan yang unik di mana ianya dibuat oleh usahawan serta komuniti.

“Acara ini dilaksanakan bertujuan untuk mempromosikan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti di daerah Pasir Salak.

“Selain itu, ianya juga dilaksanakan bagi mengenengahkan produk-produk tempatan termasuk makanan serta kerja tangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Penasihat Khas Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin telah merasmikan pelancaran logo baru Pelancongan Pasir Salak.

Acara tersebut dilaksanakan dengan kerjasama dari Tourism Malaysia, Tourism Perak serta Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Negeri Perak berjaya dilancarkan di Mukim Bandar, Kampung Gajah di Pasir Salak pada 31 Disember 2019 yang lalu.

Sehubungan itu juga, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mahu seluruh rakyat menerima Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) sebagai misi nasional dan memainkan peranan masing-masing bagi menjayakannya.

“Rakyat perlu bersama-sama memainkan peranan supaya sasaran menarik kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa dan RM100 bilion pendapatan pelancongan, dapat diraih,” katanya.

Dr Mahathir juga mengajak segenap lapisan masyarakat di Malaysia ‘merebut’ peluang  bagi memanfaatkan industri pelancongan kerana ia terus melakar pertumbuhan memberangsangkan saban tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");