Perak Hari Ini

Lelaki Lemas Jatuh Lombong

GOPENG- Seorang lelaki berusia sekitar 30 tahun dikatakan jatuh ke dalam lombong telah ditemui setelah tiga jam pencarian menyelamat dilakukan di sebuah lombong dekat Kampung Changkat Tualang, hari ini.

Menurut Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.45 pagi.

“Hasil pengesanan anggota BBP Gopeng, memang wujud kes lemas di lokasi tersebut di mana telah memohon bantuan dari unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) untuk kerja pencarian mangsa.

“Selepas tiga jam pencarian, mangsa telah ditemui lemas dari jarak 50 meter dari tebing lombong berkenaan dengan menggunakan teknik selaman dasar.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari dan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Norzamri A. Wahab.

Seramai 21 orang terlibat dalam pencarian mangsa lemas tersebut iaitu seramai sembilan orang anggota polis, tujuh anggota dari BBP Gopeng dan lima org dari unit PPDA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");