Membawang Hari Ini

Lima Bulan Syafie Naswip Merana Selepas Putus Tunang

Berdepan dengan episod duka dalam hidupnya pada tahun 2019, bersempena kedatangan tahun 2020, Syafie Naswip meluahkan tentang penderitaan yang ditanggung selama ini susulan kontroversi putus tunang dengan Aishah Azman.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Syafie berkata selama limat bulan dia terpaksa menghadap cacian daripada netizen sehingga ianya mengganggu emosinya.

Bagaimanapun, Syafie berkata apa yang berlaku itu banyak mengajarnya erti ketabahan dan memberikan semangat untuk terus bangkit pada tahun baru ini.

Dalam pada itu, Syafie turut memberikan ucapan terima kasih kepada netizen yang mendoakan perkara tidak baik kepadanya sebelum ini. Malah, Syafie mahu membuktikan kata-kata kesat netizen tidak sesekali menjatuhkannya.

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan pada 7 April 2019, bagaimanapun pasangan itu putus tunang selepas tiga bulan. Pelbagai kontroversi terpalit pasangan ini apabila timbul spekulasi liar termasuklah dakwaan Syafie mengasari Aishah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");