Membawang Hari Ini

“Macam Jaga Baby Makan Bersuap 24 Jam” – Isteri Da’i Farhan Seronok Dijaga Suami Ketika Sakit, Alahai Manjanya…

Isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin berkongsi rasa seronoknya dijaga oleh suami ketika sedang sakit.

Biarpun tidak mendedahkan secara terperinci penyakit yang sedang dihidapinya, kata Dr. Erin personaliti romantik suaminya terserlah ketika mereka diuji dengan kesakitan.

“Seronok juga sakit, suami jaga macam jaga baby 24 jam makan bersuap. Sabar betul zauj ku ini.

“Allah baru bagi balik kekuatan pegang telefon,” kongsinya menerusi akaun Instagram baru-baru ini.

Melihat daripada sudut positif diuji dengan kesakitan, tambah Dr. Erin situasi itu mengajarnya untuk menghargai erti sahabat.

“Kita dalam hidup dengan kawan-kawan ini kena belajar berlebih kurang tolak ansur jangan berkira.

“Kalau kawan kita kurang situ sini, kalau kawau kita lebih kita tumpang gembira, kalau ada salah mana-mana bincang elok-elok,” tambahnya.

Pernah menolak lamaran 18 wanita, Farhan yang merupakan juara program realiti Da’i musim ke-2 itu menikahi Dr. Erin di Mekah ketika mengerjakan ibadah umrah.

Perkahwinan mereka dilanda kontroversi apabila Farhan didakwa bernikah secara senyap tanpa pengetahuan isteri pertama yang sarat hamil anak kedua.

Akibat pergeseran, Farhan menceraikan isterinya Fatin Nurul Ain Mat Aris melalui rakaman suara WhatsApp.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");