Panasnya Hari Ini

Majoriti Ketua Negeri Desak PKR Pecat Zuraida

PETALING JAYA: Sebahagian besar ketua PKR negeri mendesak parti itu memecat Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin yang didakwa menghina ahli parti dan mendedahkan butiran perbualannya dengan Presiden, Anwar Ibrahim.

Semua ketua negeri kecuali Baru Bian (Sarawak) serta Amirudin Shari (Selangor) selepas menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat hari ini berkata, itu pendirian mereka walaupun parti hanya mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zuraida.

Ketua PKR Kedah, Johari Abdul berkata, ketua negeri mewakili majoriti ahli, termasuk ketua bahagian yang mahu Zuraida keluar daripada parti itu memetik FMT.

“Jawatannya tidak membantu parti atau presiden (Anwar Ibrahim).

“Kehadirannya tidak diperlukan, malah teruk bagi parti.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");