Panasnya Hari Ini

‘Malapetaka Jika Pemegang PSS Dibenar Masuk Semenanjung’

Adalah menjadi satu ‘malapetaka’ sekiranya kerajaan membenarkan pendatang di Sabah memasuki Semenanjung Malaysia dengan menggunakan Pas Sementara Sabah (PSS), kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

“Ini merupakan suata malapetaka kalau ni berlaku. Apa kena mengena PSS di semenanjung, PSS ni (hanya melibatkan) kerajaan Sabah, Imigresen. Di dalam Perjanjian MA63, imigresen di bawah kuatkuasa (kerajaan negeri) Sabah,” kata Mohamad.

Begitu juga, katanya kerakyatan Sabah juga berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Tetapi untuk mereka menggunakan PSS untuk masuk semenanjung, saya rasa ini satu perkara yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya oleh KDN.

“Saya pula (berasa) lebih inferior, sebagai warganegara, (jika) saya di Sabah, saya perlu keluar, tapi (pemegag) PSS boleh sambung-sambung sampai 3 tahun dan boleh sambung-sambung lagi sampai bila-bila,” katanya.

“Kajian mendalam perlu dilakukan sebelum sesuatu keputusan dibuat, nanti nak pusing balik susah,” kata Mohamad, yang lebih mesra dengan gelaran Tok Mat.

Ditanya apa yang akan berlaku jika pemegang PSS dibenarkan memasuki Semenanjung, beliau berkata: “Best of luck Malaysia” (selamat berjaya Malaysia).

Pada 15 Jan lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman berkata, pemegang PSS dibenarkan memasuki Semenanjung dan menghabiskan maksimum satu bulan dengan kebenaran Jabatan Imigresen.

Pada September tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PSS pada bulan Jun 2020.

Pemegang kad IMM13, kad Burung-Burung dan sijil banci dibenarkan menukar dokumen mereka kepada PSS.

Parti pembangkang Sabah, masyarakat sivil dan orang ramai menimbulkan kebimbangan mengenai dasar baru itu yang akan memberi manfaat kepada 136,055 pemegang kad IMM13, kad Burung-burung dan siil banci.

Walaupun kerajaan berulang kali mengatakan pemegang PSS tidak akan diberikan kerakyatan, kebimbangan mengenai PSS adalah berkisar mengenai kerakyatan pintu belakang kepada pendatang berkenaan dan ahli keluarga mereka yang secara keseluruhan berjumlah 600,000 orang.

BN secara agresif menjadikan isu PSS sebagai kempen utama sepanjang 14 hari pilihan raya kecil Kimanis.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu di kerusi parlimen berkenaan atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mematuhi prosedur pilihan raya.

Calon Umno, Anifah Aman memenangi PRU berkenaan dengan majoriti tipis 156 undi.

Umno diwakili oleh Mohamad Alamin, yang bertanding di bawah tiket BN, manakala Karim Bujang mewakili Warisan lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");