Berita Hari Ini

Masjid Putra Dibuka Semula Kepada Pelawat

PUTRAJAYA- Masjid Putra, di sini, yang ditutup kepada lawatan pelancong asing sejak Ahad lepas berikutan kebimbangan terhadap jangkitan wabak koronavirus, dibuka semula kira-kira 2 petang tadi.

Jurucakap pengurusan masjid itu berkata, para petugas masjid akan mengamalkan garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah keselamatan terhadap jangkitan koronavirus.

“Sebelum ini, Masjid Putra ditutup kepada lawatan berikutan ada kebimbangan terhadap keselamatan petugas masjid memandangkan kita menerima ramai pengunjung asing setiap hari.

“Bermula hari ini, petugas akan ikut nasihat Kementerian Kesihatan seperti memakai penutup hidung dan mulut serta menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer),” katanya ketika dihubungi. -Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");