Berita Hari Ini

Maszlee: Bukan Dipecat Atau Letak Jawatan, Saya Cuma Patuh Arahan PM

Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa beliau bukannya meletak jawatan atau dipecat dari jawatannya sebagai menteri pendidikan.

“Tak ada orang dipecat. Tak ada orang letak jawatan.

“Yang ada hanyalah perkara administrative, iaitu kuasa perdana menteri, berdasarkan kebijaksanaan dan pandangan jauh beliau untuk melihat kelangsungan kerajaan yang kita cintai ini,” katanya dalam ucapan di Simpang Renggam hari ini.

“Maka Tun (Dr Mahathir) buat keputusan dan saya sebagai ahli parlimen kerajaan, dan ahli parti menurut tanpa berbelah bagi perintah yang diberikan,” tambahnya.

Beliau juga mengulangi kesetiaannya terhadap perdana menteri, kerajaan, rakyat, dan Bersatu.

Sebahagian ucapannya disiarkan secara langsung di Facebook.

Maszlee berundur sebagai menteri pendidikan pada Khamis lalu.

Dalam ucapannya, beliau menggunakan perkataan “memulangkan jawatan” kepada perdana menteri.

Beliau dilaporkan mengekalkan ayat itu dalam ucapannya hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri dengan jelas menyatakan bahawa Maszlee telah mengemukakan surat peletakan jawatan yang diterima oleh perdana menteri.

Maszlee tidak menyatakan sebab meletakkan jawatan, hanya menyatakan bahawa beliau menghormati nasihat yang diberikan kepadanya oleh Mahathir.

“Saya berjumpa dengan Mahathir di pejabatnya, dan dia memberi saya nasihat sebagai ayahanda mengatakan bahawa saya telah melakukan pekerjaan yang luar biasa dalam 20 bulan saya sebagai menteri pendidikan.

“Bagaimanapun, saya mengakui bahawa saya bukan seorang ahli politik dan tidak pernah melobi untuk jawatan dalam kabinet Dr Mahathir,” katanya dipetik oleh The Star hari ini.

The Star juga memetik Maszlee sebagai berkata bahawa beliau tidak kecil hari terhadap perdana menteri.

Sementara itu, Maszlee hari ini berkata beliau akan menumpukan usaha beliau untuk berkhidmat di Simpang Renggam sebagai ahli parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");