Perak Hari Ini

MyBAS Ipoh Mula Guna Sistem Tanpa Tunai

IPOH- Perak Transit dan myBAS Ipoh yang merupakan myBAS pertama di Malaysia kini telah mula menggunakan sistem tanpa tunai yang mana dilihat selari dengan dasar kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pengaplikasian sistem tanpa tunai ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bas berhenti-henti dengan memastikan perkhidmatan yang boleh diharap, selesa, selamat serta menepati keperluan penduduk setempat.

“Perkara ini merupakan satu inisiatif yang baik dan memang kerajaan ingin mensyaratkan kepada syarikat-syarikat bas supaya semua syarikat pengendali pengangkutan awam terutamanya bas henti-henti di seluruh negara mengambil langkah untuk melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai.

“Kerajaan sedang berusaha untuk mentransformasikan ekonomi kearah ekonomi digital dan sebab itulah semalam telahpun bermula tempoh di mana kerajaan memberikan peruntukan sebanyak RM450 juta untuk mendaftarkan seramai 15 juta rakyat Malaysia untuk menggunakan edompet ataupun eWallet,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan penggunaan sistem Touch ‘N Go semasa Majlis Pelancaran Penggunaan Sistem Touch ‘N Go Perak Transit dan myBAS di Terminal Amanjaya, di sini, hari ini.

Namun begitu katanya, apabila mengulas mengenai tanpa tunai, kerajaan juga perlulah memperbanyakkan penjelasan dan penerangan kepada masyarakat terutamanya masyarakat di luar bandar mengenai perkara ini.

“Mungkin masih ramai yang belum lagi memahami konsep tanpa tunai di mana ianya bukan bermaksud tanpa pendapatan tetapi ianya menggunakan wang tetepi digunakan melalui sistem digital yang mana penerimaan dan pembayaran itu digunakan secara digital.

“Terdapat banyak kebaikan menggunakan sistem apabila menaiki pengangkutan awam di mana ianya dapat mengurangkan kos operasi khususnya kepada operator bas malahan kepada pengguna ianya dilihat memudahkan urusan kerana tidak perlu tunggu lama jika operator tidak memiliki wang kecil.

“Melalui sistem ini, sesiapa sahaja yang menaiki bas hanya perlu sentuh sahaja kad berkenaan dan mungkin ianya akan mengalami isu lain seperti kad berkenaan tiada baki atau sebagainya tetapi saya yakin bahawa perkara ini dapat diatasi,” katanya.

Melalui sistem tersebut, beliau berharap agar pengguna boleh mengadaptasi perkara tersebut dan beliau juga yakin dengan pengenalan sistem itu, ianya akan dapat meningkatkan kecekapan pengankutan awam di negara ini.

Tambah beliau, bagi mana-mana pengendali yang menerima subsidi dari kerajaan, terdapat syarat yang telah diletakkan dalam perjanjian bersama.

“Pengendali perlu menyediakan sistem pembayaran tanpa tunai ini dan kita akan beri tempoh kepada mereka yang mana tempoh ini tidak terlalu panjang supaya mereka boleh menggunakan sistem ini.

“Saya ingin menekankan pada hari ini, apabila kita minta pengendali untuk melaksanakan sistem ini, ianya tidak melibatkan kos yang besar malahan banyak syarikat tanpa tunai bersedia untuk berkerjasama dengan pihak pengendali untuk sama-sama melaksakan sistem pembayaran tanpa tunai.

“Perkara ini adalah sesuatu yang kita harap mesti dilaksakan dan ini antara syarat di mana jika mereka tidak laksanakan maka kita akan mengkaji semula subsidi melalui syarikat tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");