Panasnya Hari Ini

Najib Buat Tak Tau Je, Dia Pun Buat Kerja Itu, Kata Zuraida

PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin membidas bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang menyelarnya kerana merasmikan balai bomba dan penyelamat Kimanis baru-baru ini sedangkan bangunan itu siap pada tahun 2018.

“Perkara ini memang normal… macam Yang di-Pertuan Agong rasmi masjid, tapi lepas 10 tahun baru dia (Seri Paduka) rasmi.

“Najib tu dia buat tak tau je, bukan dia tak tau, dia pun buat kerja itu,” kata Zuraida kepada wartawan di Putrajaya sambil ketawa.

Zuraida merasmikan Balai Bomba di Kimanis, Sabah, sedangkan ketika itu kempen pilihan raya kecil Kimanis sedang berlangsung.

Pada hari yang sama, Najib, dalam hantaran di Facebooknya, menyoal mengapa Zuraida merasmikan balai bomba itu pada 2020 sedangkan ia siap dibina pada bulan Julai, 2018.

“Hello, Zuraida. Balai Bomba Kimanis ni siap bina Julai 2018. Yang kamu rasmi tahun 2020 ini kenapa?

“Untuk pengetahuan orang Kimanis, ini projek diluluskan oleh BN. Bajet RM7.73 juta kita beri.

“Mentang-mentang ada PRK, masa ini la menteri-menteri PH berlumba-lumba nak rasmi itu, ini di Kimanis,” katanya kepada MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");