Perak Hari Ini

‘Najib Jangan Sibuk Kisahkan MAPS, Fokus Kes Sendiri Di Mahkamah’

BATU GAJAH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengingatkan kepada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS).

Sebaliknya ujar Ahmad Faizal, Ahli Parlimen Pekan itu seharusnya memberi fokus kepada kes-kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

“Najib tidak ada maklumat lanjut tentang apa yang berlaku di MAPS sebenarnya. Jadi, saya ingatkan kepada beliau untuk fokus kepada masalah yang dihadapinya untuk mempertahankan diri beliau di mahkamah.

“Datuk Seri Najib jangan bimbang, kerana pada masa ini kerajaan negeri masih ada kebolehan untuk menguruskan MAPS. Lebih baik beliau bimbangkan apa masalah yang dihadapinya,” katanya ringkas.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Notis 5A RPT Bemban dan Majlis Penyerahan Hak Milik RPT Papan di Arena Square, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, beliau diminta untuk mengulas kenyataan Najib berkenaan MAPS menerusi laman Facebook pada semalam.

Najib berkata Khazanah Nasional Berhad sepatutnya dapat mengambil alih MAPS daripada kerajaan Perak ekoran dakwaan Najib bahawa taman tema itu sedang mengalami kerugian.

“Kerajaan tak patut biarkan situasi ini berterusan. Pilihannya cuma dua untuk kerajaan Pakatan Harapan.

“Iaitu sama ada menutup taman tema itu dan telan kerugian RM600 juta buat selama-lamanya atau suntik dana dan cari pelabur baru untuk menghidupkan semula MAPS.

“Khazanah Nasional boleh memainkan peranan demi kepentingan nasional.Khazanah adalah pemilik Kidzania, Legoland Johor, Hello Kitty town Johor dan Thomas Town Johor. Khazanah patut mengambil alih MAPS dari kerajaan Perak,” tulis Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");