Panasnya Hari Ini

Najib: Menang PRK Bukan Jaminan Menang PRU

Bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengingatkan bahawa walaupun BN memenangi lima daripada enam pilihan raya kecil (PRK), ia tidak menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata kemenangan pada PRK Kimanis baru-baru ini meningkatkan keyakinan BN, namun rakyat perlu diyakinkan lagi bahawa gabungan itu mampu menjadi kerajaan alternatif.

“Sebab itu kita cuba untuk membina Muafakat Nasional yang merupakan kerjasama antara Umno dan PAS,” katanya dalam satu program di Pokok Sena, Kedah.

“Jika naratif ini menyakinkan rakyat, kita akan berjaya dalam mendapatkan rakan-rakan kita yang lain seperti MCA, MIC untuk menyokong inisiatif Muafakat Nasional,” katanya, lapor FMT.

Bagaimanapun adalah salah untuk menganggap bahawa kemenangan dalam pilihan raya kecil baru-baru ini akan mencerminkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang, kata Najib yang juga anggota Parlimen Pekan.

“Tempat di mana kita diberitahu bahawa kita tak boleh menang, seperti Tanjung Piai dan Kimanis, kita mendapati majoriti yang lebih tinggi,” katanya yang memimpin negara ini dari 2009 hingga 2018.

Ditanya mengenai amaran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa PH mungkin menjadi kerajaan sepenggal kecuali perbalahan dalaman dihentikan, Najib berkata ia mungkin memberikan maksud untuk melakukan perubahan dalam PH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");