Perak Hari Ini
Like

Operasi Ditutup: 265 Pekerja MAPS Diberi Pampasan

January 29, 2020
1121 Views
0 Comments
1 minute read
Operasi Ditutup: 265 Pekerja MAPS Diberi Pampasan

IPOH- Seramai 265 orang pekerja yang diberhentikan berhubung notis penutupan Movie Animation Park Studios (MAPS) pada Selasa, 28 Januari 2020 bakal menerima pampasan.

Pengarah Syarikat Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), Zadrul Insan Mustadza memaklumkan bahawa keputusan berkenaan adalah hasil pertimbangan mendalam oleh Penerima Dan Pengurus Yang Dilantik.

Katanya, kesemua 256 orang pekerja yang diberhentikan serta merta tersebut sama ada berstatus kontrak atau tetap tersebut bakal menerima ganti rugi.

“Tindakan ini (penutupan) telah mengakibatkan 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak diberhentikan serta merta.

“Pekerja pekerja yang terkesan dengan tindakan ini akan diberikan pampasan mengikut garis panduan Akta Pekerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan bersama seorang lagi Pengarah Syarikat, Yang Idros Yang Razali, hari ini.

Katanya, pihak syarikat juga telah mengambil tindakan proaktif dalam usaha untuk membantu pekerja dari pelbagai aspek.

“Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hadir untuk memberi taklimat berkenaan pengurusan kewangan manakala Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkesempatan untuk menjelaskan mengenai tuntutan Sistem Insuran Pekerjaan PERKESO (SIP).

“Selain itu, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga turut sama hadir untuk memberikan bantuan kaunseling kepada pekerja,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, pihak syarikat juga telah bekerjasama dengan beberapa syarikat lain untuk menyediakan peluang pekerjaan baru kepada pekerja terutamanya dalam bidang makanan & minuman, khidmat pelanggan dan penyelenggaraan.

“Kehadiran Sunway Lost World Of Tambun, Swiss-Garden, Hovid, Taiko Group dan PCBL dalam membuka kaunter temuduga amat dihargai.

“Terdapat juga beberapa syarikat yang mengiklankan kekosongan jawatan melalui poster dan telah dihebahkan kepada pekerja,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.