Sukan Hari Ini

Ozil Perlu Sokongan Pulih Arsenal

LONDON: Pengendali Arsenal Mikel Arteta percaya Mesut Ozil adalah kunci kepada kebangkitan kelab musim ini, tetapi bintang Jerman itu tidak mampu melakukannya bersendirian.

Ozil, 31, yang dikatakan bakal meninggalkan Emirates, mendapat tepukan gemuruh penonton Ahad lalu walaupun Arsenal tewas 2-1 kepada Chelsea.

“Ozil sangat efektif ketika menentang Chelsea. Saya harap dia mampu mengekalkan tahap itu setiap tiga atau empat hari,” kata Arteta.

“Prestasinya semakin meningkat dan sentiasa cuba melakukannya. Ia jelas ketika latihan.

“Semua pihak perlu membantunya kerana dia tidak mampu melakukannya bersendirian, dia perlukan kerjasama dan sokongan rakan sepasukan.

“Hanya seorang atau dua pemain dalam dunia ini mampu melakukannya bersendirian. Dia perlukan sokongan.”

Arsenal kini di tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris, 11 mata di belakang tempat keempat untuk kelayakan Liga Juara-Juara dan enam mata di atas zon penyingkiran. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");