Berita Hari Ini

Parlimen Iraq Bersidang Untuk Usir Tentera Amerika Syarikat

BAGHDAD: Ramai ahli parlimen Iraq menyatakan hasrat menggunakan sidang khas, hari ini, untuk mendesak pengundian resolusi mengarahkan kerajaan negara itu meminta Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan tenteranya dari negara terbabit.

Menurut BH Online yang memetik Reuters, sesi itu dipanggil, selepas serangan dron AS terhadap konvoi di lapangan terbang Baghdad yang membunuh komander tentera Iran, Qassem Soleimani dan pemimpin pasukan bersenjata Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis.

Sejak pembunuhan itu, pemimpin politik Syiah bertentangan mendesak tentera AS diusir dari Iraq, ia adalah petunjuk penyatuan luar biasa di kalangan banyak kumpulan bertelagah, sejak berbulan-bulan.

“Tidak ada keperluan untuk kewujudan tentera AS, selepas Daesh dikalahkan. Kita mempunyai tentera sendiri yang mampu melindungi negara ini,” kata pembuat dasar Syiah dan ahli jawatankuasa undang-undang parlimen, Ammar al-Shibli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");