Sukan Hari Ini
Like

Pemain Perlu Dibiasakan Dengan Bulu Rangkis Sintetik Secepat Mungkin – Misbun

January 27, 2020
244 Views
0 Comments
2 minutes read
Pemain Perlu Dibiasakan Dengan Bulu Rangkis Sintetik Secepat Mungkin – Misbun

KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara perlu mula membiasakan diri dengan bulu tangkis sintetik secepat mungkin bagi memastikan mereka tidak kekok apabila bulu tangkis sintetik digunakan dalam semua kejohanan tahun hadapan.

Ketua Jurulatih Pemain Lelaki Skuad Senior negara, Datuk Misbun Sidek berkata walaupun pemain dijangka mengalami kesukaran untuk membiasakan diri namun mereka perlu belajar menggunakan bulu tangkis sintetik agar tidak ketinggalan.

“Kita sudah tahu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mahu gunakan bulu tangkis sintetik, jadi sekarang sepatutnya sudah ada bekalan, dan kita akan gunakan secara bergilir-gilir dengan bulu tangkis asli dalam latihan.

Dalam perkara ini, kita tidak boleh ambil mudah seperti mula guna bulu tangkis sintetik dalam jangka masa yang singkat kerana permainan bulu tangkis sintetik terlalu berbeza. Perasaan, tekanan pada raket juga berbeza,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Misbun berkata banyak pemain dijangka akan berhadapan dengan kekecewaan semasa menggunakan bulu tangkis sintetik tetapi mereka perlu meneruskan latihan menggunakan bulu tangkis jenis baharu ini supaya kekecewaan mereka hilang dan mereka semakin mahir menggunakannya dan bermain dengan baik selepas itu.

“Selagi ada perasaan kecewa, mereka tidak akan mahir,” katanya.

Misbun berkata pemain perlu belajar dan mahir dalam membuat pukulan ‘smash’ apabila menggunakan bola sintetik kerana impak daripada pukulan kuat itu akan mengganggu pergerakan bulu tangkis itu.

Katanya, bulu tangkis sintetik itu kemungkinan akan bergoyang serta sukar untuk dikawal dan ia sama sekali berbeza dengan bulu tangkis asal yang diperbuat daripada bulu angsa.

BWF dalam satu kenyataan dikeluarkan pada 20 Jan menyatakan, selepas ujian berterusan ke atas pelbagai prototaip sewaktu pembangunan melalui kerjasama teknologi bersama Yonex, bulu tangkis sintetik didapati lebih tahan lama dan jimat berbanding bulu tangkis menggunakan bulu asli.

Pelbagai ujian juga mendapati bulu tangkis sintetik dapat mengurangkan penggunaan bulu tangkis sehingga 25 peratus, memberikan kelebihan penting untuk ekonomi dan penjagaan alam sekitar untuk masa hadapan badminton.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam masa sama, menyambut baik keputusan BWF itu dan percaya badan induk dunia itu sudah menjalankan kajian terperinci mengenainya terutama kesan pelaksanaan ke atas pemain.

Komen & Pendapat

Comments are closed.