Perak Hari Ini

Pembangunan Komersial Botani Village Wujudkan Peluang Pekerjaan

IPOH- Pembangunan pusat komersial Botani Village akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan terbangunnya sebuah pasaraya Econsave.

Pembangunan tersebut dilaksanakan oleh Pinji Botanics Sdn Bhd yang memperuntukkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM200 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri menyambut baik projek tersebuh kerana pembangunan pusat komersial seperti ini akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

“Sebuah pasaraya Econsave akan dibina dengan keluasan melebihi 100,000 kali persegi malahan sebuah kompleks sukan akan dibina termasuk medan selera, blok pejabat, unit bazar serta kiosk bazar pandu lalu lalu makanan segera bakal merancakkan lagi kegiatan komersial.

“Hal ini adalah perkara yang kerajaan negeri alukan dimana ianya bukan sahaja dapat memberi kemudahan yang selesa kepada para penduduk tetapi ianya mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan penduduk sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Pecah Tanah Pusat Komersial Botani Village, Bandar Seri Botani, di sini, hari ini.

Bandar Seri Botani merupakan sebuah projek pembangunan township yang terbesar di negeri Perak dengan keluasan keseluruhan seluas 1,250 ekar yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan awam yang memberi kehidupan yang selesa kepada para penduduk di sini.

Tambah Ahmad Faizal, pembangunan komersial adalah merupakan penanda aras kepada kemajuan sesebuah penempatan.

“Perkara ini jelas diterjemahkan oleh pemaju Pinji Botanics Sdn. Bhd. dengan kejayaannya merubah wajah Bandar Seri Botani daripada sebuah ladang getah menjadi sebuah bandar integrasi yang kini kian membangun di Bandaraya Ipoh.

“Kerajaan negeri sentiasa menganggap para pemaju sebagai rakan strategik kerajaan negeri dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri Perak ini,” ulas beliau semasa menyampaikan ucapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");