Panasnya Hari Ini

Pemilihan BERSATU: 3 Bekas Pemimpin UMNO Dicabar

KUALA TERENGGANU: Tiga bekas pemimpin UMNO yang menawarkan diri bertanding ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dicabar pada pemilihan pertengahan bulan depan.

Menurut BH Online, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dicabar pada pertandingan tiga penjuru untuk merebut ketua bahagian BERSATU Hulu Terengganu.

Rosol yang juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri dicabar oleh bekas calon BERSATU Dewan Undangan negeri (DUN) Ajil, Zamani Mamat dan Laisani Dollah.

Bekas ahli parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan pula dicabar dua calon lain iaitu Datuk Abdul Aziz Ismail dan Mohd Zaid Sulaiman pada pertandingan tiga penjuru pada pemilihan di peringkat bahagian Dungun.

Seorang lagi bekas pemimpin UMNO yang juga bekas EXCO kerajaan negeri, Khazan Che Mat yang turut menawarkan diri bertanding ketua BERSATU bahagian Kuala Nerus dicabar pemandu kepada bekas Ketua UMNO bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohamad Nasir Ibrahim Fikri, Mohamad Jamal.

Bagaimanapun, Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Senator Datuk Razali Idris menang tanpa bertanding jawatan ketua bahagian Bersatu Marang.

Razali yang juga Timbalan Majlis Senator Malaysia (MSM) berkata, ketua BERSATU bahagian Kuala Terengganu, Datuk Zulkifli Mohamad yang menawarkan diri bertanding mengekalkan jawatan juga dicabar pada pertandingan dua penjuru.

Katanya, Zulkifli yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dicabar oleh ketua penerangan bersatu bahagian Kuala Terengganu, Badrolhisham Shafie dan Nordin Kamaruddin.

“Ketua ARMADA negeri, Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua bahagian BERSATU Kemaman dicabar Syaiful Irfan Anang pada pertandingan dua penjuru.

“Ketua Bahagian Bersatu bahagian Setiu, Yusop Majid yang menawarkan diri mengekalkan jawatan dicabar Datuk Dr Fauzi Musa, ” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat BERSATU negeri, di sini, hari ini.

Razali berkata, semua senarai calon yang menawarkan diri untuk bertanding dihantar ke Jawatankuasa pemilihan parti di peringkat untuk proses saringan.

Katanya, hanya calon yang melepasi proses saringan layak untuk bertanding pada mesyuarat pemilihan peringkat bahagian pada pertengahan bulan depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");