Panasnya Hari Ini

Pemilihan Bersatu: Rina Akan Bertanding Di Bahagian Sepang

SHAH ALAM – Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Rina Mohd Harun mengesahkan beliau akan bertanding di bahagian Sepang dalam pemilihan peringkat cawangan dan bahagian parti berkenaan.

Rina, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai jawatan yang akan ditandinginya.

“Petang ini saya akan hantar borang,” jawabnya ringkas kepada pemberita apabila ditanya mengenai jawatan yang akan ditandinginya dalam pemilihan Bersatu bahagian Sepang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program santai bersama usahawan berjaya anjuran RichWorks International Sdn Bhd, yang turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini, lapor Bernama.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk bertanding di bahagian Sepang, Rina berkata ia berikutan dirinya serta keluarganya memang berasal dari daerah itu.

“Saya berasal dari Sepang, keluarga saya ada di sana, malah sebelum ini saya juga Ketua Puteri UMNO bahagian Sepang,” katanya.

Mesyuarat cawangan Bersatu dijadual diadakan pada 15 Feb hingga 29 Mac, disusuli mesyuarat peringkat bahagian pada 18 April. Perhimpunan agung Bersatu pula ditetapkan dari 25 sehingga 28 Jun.

Sempena persidangan cawangan, Bersatu akan mengadakan pemilihan barisan jawatankuasa peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), termasuk sayap Srikandi serta Armada.

Baru-baru ini, media melaporkan Rina akan bertanding bagi mengekalkan jawatan sebagai Ketua Srikandi , yang disandangnya kini, dalam pemilihan berkenaan.

Rina dilapor berkata, keputusannya untuk terus mempertahankan jawatan berkenaan berikutan masih banyak lagi agenda berkaitan wanita yang perlu dilaksanakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");