Panasnya Hari Ini

Pemilihan BERSATU: Rina Akan Pertahan Jawatan Ketua Srikandi

KUALA NERUS: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun akan mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pemilihan Jun depan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapat desakan daripada jawatankuasa sayap berkenaan di beberapa negeri yang memintanya terus menerajui Srikandi.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu yang menerajui sayap berkenaan sejak 2017, juga menegaskan sesiapa sahaja ahli BERSATU yang melepasi syarat boleh menawarkan diri bertanding jawatan pada pemilihan berkenaan.

“Ahli parti yang melepasi syarat boleh menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan di peringkat pusat, bahagian dan cawangan. Bagaimanapun, kita mesti mengutamakan perpaduan dan bersedia menerima apa sahaja keputusan ditentukan perwakilan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmi dan menyampaikan watikah pelantikan anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPPKP) peringkat Terengganu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah dan Pengerusi BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris.

Rina berkata, pada perjumpaan dengan kepemimpinan Srikandi Kelantan pada majlis penyerahan watikah pelantikan MPPKP peringkat negeri itu di Kota Baharu semalam, beliau juga menerima sokongan untuk terus menerajui sayap berkenaan.

BERSATU akan mengadakan mesyuarat agung pertamanya serentak pemilihan kepemimpinan pada 20 Jun depan, manakala persidangan dan pemilihan di peringkat cawangan pada 25 Januari hingga 1 Mac dan peringkat bahagian pada 4 April memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");