Perak Hari Ini

Perak Sedia Tempatkan Pegawai SPRM Di Pejabat MB, Unit Integriti SUK

IPOH: Kerajaan Perak bersedia untuk menempatkan dua pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pejabat Menteri Besar dan Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia sebagai langkah kerajaan negeri dalam memperhebatkan lagi perkhidmatan kepada rakyat khususnya dari segi pencegahan gejala rasuah.

“Unit integriti akan membantu kerajaan dalam menyediakan pelan anti rasuah yang kita akan gunakan dan kita juga pada masa sama akan lihat bagaimana kita dapat jalankan aktiviti operasi setiap hari.

“Ini yang kita akan lakukan dan saya amat mengalu-alukan segala usaha baik yang dibuat SPRM dalam usaha meningkatkan program pencegahan rasuah,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut memohon kerjasama daripada SPRM dalam usaha meningkatkan kesedaran kepada orang ramai berkenaan gejala rasuah.

“Gejala rasuah ini boleh membinasakan sesebuah kerajaan. Apabila kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik, rakyat yang akan menerima bahana.

“Hasrat kita selari dengan pendirian SPRM yang mana mahu kerajaan menjalankan amanah dan perkhidmatan dengan baik di samping mencegah daripada berlakunya gejala sedemikian,” ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya ke Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki serta Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad

Mengulas lanjut, Latheefa berkata SPRM akan menempatkan para pegawainya di Pejabat Menteri Besar dan Unit Integriti SUK Perak dalam masa terdekat ini.

Jelasnya penempatan pegawai-pegawai terlatih itu bertujuan memantau dan memberi nasihat kepada agensi ataupun jabatan-jabatan kerajaan berkenaan tindakan pencegahan rasuah serta salah guna kuasa.

“Selain nasihat dan memproseskan aduan, kita juga akan menyelesaikan masalah sekiranya terdapat kelompangan atau peluang bagi melakukan jenayah tersebut.

“Kempen pencegahan rasuah ini tidak terbatas kepada penerangan dan ceramah sahaja. Saya gembira apabila mendapat respons positif daripada Kerajaan Perak dan kita akan terus bekerjasama dalam hal ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");