Membawang Hari Ini

“Pergi Je Ke Sekolah Biasa, Ukur Baju Di Badan Sendiri”

Sejak beberapa hari ini kisah pelakon cilik, Puteri Balqis yang berdepan kesempitan hidup mendapat perhatian ramai pihak. Susulan itu, ramai tertanya-tanya dimanakah rakan-rakan artis, adakah mereka tidak menghulurkan bantuan.

Namun, baru-baru ini Sharifah Sakinah ada berkongsikan mengenai usaha pernah dilakukan mereka bagi membantu Balqis. Katanya, dia bukan mahu menunjuk atau membuktikan sesuatu tetapi untuk memberitahu bahawa rakan artis tidak melupakan kesempitan hidup pelakon itu,

Bagaimanapun, Sakinah agak kesal apabila pelakon cilik itu didakwa memandang rakan artis, termasuk mereka yang pernah rapat dengannya sebelum ini seperti ‘musuh’. Malah tertanya-tanya ke mana wang pendapatannya ketika pelakon itu aktif berlakon.

“Kami tak mahu membenci dia, tetapi habis semua orang dia jadikan musuh. Saya tak faham. Ikutkan, banyak kutipan derma dan sumbangan yang diberi teman artis kepada keluarganya.

“Kalau tak percaya, tanyalah teman artis lain yang pernah terbabit dan berbesar hati membantunya. Tetapi, ke mana duit derma dan wang pendapatan yang diperoleh ketika dia aktif berlakon?” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Sakinah berharap soal pendidikan pelakon itu diutamakan dan tidak perlu hantar ke sekolah yang mahal. Dia juga meminta agar tidak mengambil mudah soal kesihatan dan dapatkan rawatan jika memerlukan pemerhatian khusus.

“Dalam hidup ini, tak kira susah atau senang, soal pembelajaran perlu diutamakan. Hantarlah dia ke sekolah. Tak perlu nak belajar di sekolah yang memerlukan yuran mahal, sebaliknya pergi sahaja ke sekolah pendidikan biasa. Ukur baju di badan sendiri.

“Begitu juga hal kesihatan, hantar dan dapatkan rawatan di hospital. Jangan ambil mudah soal ini jika dia benar-benar memerlukan pemerhatian khusus untuk mengubati masalah atau penyakit yang ada,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");