Berita Hari Ini

PM: Kerajaan Mahu Bawa Pulang Rakyat Malaysia Terperangkap Di Hubei

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berunding dengan China untuk membenarkan warga Malaysia di Hubei pulang, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata rekod kerajaan menunjukkan sejumlah 78 warga Malaysia kini terperangkap di Hubei, susulan langkah kerajaan China menutup pergerakan keluar masuk di wilayah itu, bagi menghalang penularan virus novel koronavirus (2019-nCoV).

“Rakyat Malaysia yang berada di Wuhan sekarang tak boleh keluar, kita nak bincang dan runding dengan kerajaan China supaya rakyat Malaysia yang tak sakit boleh balik ke Malaysia.

“Mereka akan diperiksa bila sampai ke Malaysia, jika ada bukti mereka sakit (dijangkiti) koronavirus, atau mereka berada di sana (Hubei) lama, mereka akan dikuarantin sebelum dibenarkan balik ke rumah masing-masing,” katanya ketika sidang media hari ini.

Katanya setakat ini belum ada warga Malaysia di Wuhan yang dilaporkan telah dijangkiti virus tersebut memetik laporan MKini.

Setakat ini 2019-nCoV telah mengorbankan 135 nyawa dengan kira-kira 6,000 kes di China.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");