Berita Hari Ini

PM Sahkan Perletakkan Dr Maszlee Malik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri mengesahkan telah menerima surat perletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan hari ini.

Perkara itu telah disahkan melalui satu kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

Mahathir turut mengumum akan menentukan pengganti bagi kekosongan jawatan itu dalam masa terdekat.

“Saya menerima peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa 3 Januari 2020. Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Maszlee hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa esok.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengumumkan keputusannya meletak jawatan pada sidang media pada 4.30 petang di pejabatnya di kementerian itu di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");