Berita Hari Ini

Polis Nafi Penunggang Dirempuh Pemandu Mabuk

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan seorang lelaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan penunggang motosikal maut dirempuh di persimpangan lampu isyarat Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, malam tadi, seperti tular di Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan mendapati pemandu kereta itu tidak memandu dalam keadaan mabuk.

“Tiada bukti menunjukkan lelaki warga Pakistan terbabit mabuk ketika kejadian.

“Kita akan membuat laporan polis berhubung fitnah itu dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkefly berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu, penunggang motosikal Iskandar Abd Rahman, 27, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.

Beliau berkata, mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke Jalan Tun Perak.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki warga Pakistan di lorong kanan bergesel dengan motosikal mangsa yang berada di laluan sama.

“Akibat pelanggaran, mangsa tercampak dan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");