Berita Hari Ini

Polis Tahan 14 GRO Warga Asing

GOMBAK: Polis menahan seramai 14 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dua pusat hiburan sekitar Taman Perindustrian KIP, di sini, tengah malam tadi.

Serbuan bermula jam 11.50 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor, berkata pihaknya menangkap 11 wanita warga Vietnam dan bakinya setiap seorang dari Indonesia, Thailand dan Laos berusia antara 18 hingga 31 tahun.

“Antara kesalahan warga asing itu termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan permit serta pas lawatan ke negara ini.

“Turut dirampas peralatan untuk berhibur seperti alat pembesar suara, mikrofon dan televisyen, selain sejumlah wang tunai untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas serbuan berkenaan, awal pagi ini, lapor BH Online.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(3) akta sama, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 11 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");