Berita Hari Ini
Like

Ponggal: Isu Pekeliling KPM Dibawa Ke Kabinet – Gobind

January 15, 2020
172 Views
0 Comments
1 minute read
Ponggal: Isu Pekeliling KPM Dibawa Ke Kabinet – Gobind

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini dijadual membincangkan berhubung surat pekeliling berkenaan Pesta Ponggal yang tular di media sosial sejak Isnin lalu.

Menurut Astro Awani, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menegaskan acara tersebut telah lama diraikan di negara ini selain dilihat sebagai acara untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat.

“Ponggal bukanlah satu perayaan ataupun acara keagamaan. Perayaan ini menandakan sambutan musim menuai dan menandakan kejayaan ataupun kemakmuran yang melimpah. Perayaan ini telah lama diraikan di Malaysia.

“Ianya harus dilihat sebagai satu acara untuk masyarakat kita mengeratkan lagi talian persahabatan, menghormati budaya, mengalakkan perpaduan serta membina negara kita,” memetik kenyataannya di laman sosial Facebook pada Rabu.

Menjadi bualan di laman sosial sejak semalam tentang satu pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pengharaman menyertai sambutan Pesta Ponggal bagi umat Islam.

Surat pekeliling KPM itu turut menyatakan ia merupakan keputusan mesyuarat panel Pakar Syariah (PPS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 8 dan 9 April tahun lalu.

Pekeliling itu turut menggariskan beberapa syarat yang digariskan oleh JAKIM seandaiya orang Muslim terpaksa hadir Pesta Pongal.

Komen & Pendapat

Comments are closed.