Perak Hari Ini

Premis Makanan Tidak Boleh Sediakan Ruang Merokok

BATU GAJAH- Pengusaha premis makanan ditegaskan supaya tidak menyediakan ruangan bagi pelanggan untuk merokok di premis makanan masing-masing.

Bagaimanapun kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, jika pengusaha ingin menyediakan ruangan merokok di luar premis makanan, ianya bukan lagi berada dalam bidang kuasa pihak KKM tetapi di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“KKM telah berbincang dengan PBT dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mempertimbangkan bagi menyediakan ruang khas untuk perokok membuang puntung rokok.

“Perkara ini terpulang kepada pihak PBT untuk membuat keputusan kerana Menyeri KPKT sendiri telah mengarahkam supaya kemudahan tersebut boleh disediakan,” katanya dalam satu sidang media semasa menghadiri Kempen Kesihatan dan Derma Darah di Pusat Khidmat Parlimen Batu Gajah, hari ini.

Menurut Lee, jarak merokok tiga meter dari premis makanan juga masih dijalankan.

“Jika diluar tiga meter ianya sudah berada di bawah bidang kuasa PBT kerana kawasan operasi premis makanan juga perlu mendapat kebenaran PBT terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk menyediakan kawasan merokok itu di kawasan yang sesuai.

“Perancangan ini akan dilaksana secara berperingkat pada tahun depan di PBT yang terplih (terlebih dulu),” katanya dalam kenyataan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");