Berita Hari Ini

Presiden Persatuan Ditahan, Syed Saddiq Serah Kepada SPRM

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak pasti mengenai kesahihan laporan sebuah portal yang mendakwa seorang pemimpin persatuan sukan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.

“Saya tidak pasti, cuma saya ada dengar juga berita ini… presiden persatuan yang dipanggil SPRM,” kata Syed Saddiq dalam satu sidang media pengumuman Genting Malaysia sebagai penaja utama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, hari ini lapor BH Online.

“Saya rasa dalam hal ini, beri ruang kepada SPRM untuk melakukan siasatan. Saya pun tidak pasti apa tujuannya dan biar mereka uruskannya.”

Dalam laporan portal berkenaan, individu berkenaan ditahan atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa ataupun pecah amanah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");