Panasnya Hari Ini

PRK Kimanis: ‘Kalau Saya Ada, Dia Akan Susah’

PENGERUSI Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan tindakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang didakwa menceroboh Pusat Daerah Mengundi (PDM) parti itu di Kuala Pos, Ulu Kimanis petang semalam sebagai melampau.

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pihaknya tidak dapat menerima rasional tindakan sedemikian.

“Kita tidak menceroboh markas parti lawan, macam Peter buat di Kuala Post. Dia serbu markas kita dan kemudiannya menyanyi serta menari.

“Jangan melampau dan kurang ajar…saya minta dia jangan buat (tindakan itu) kerana jika dia buat waktu saya ada, dia akan susah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Markas Utama BN di Kimanis Centro, malam tadi.

Dalam sidang media itu, beliau mengumumkan kemasukan seorang ahli WARISAN iaitu Pengiran Yusuf Pengiran Abdullah yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) WARISAN Bahagian Kimanis.

Turut menyertai Pengiran Yusuf kira-kira 200 ahli WARISAN dari cawangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Bung berkata, kemasukan Pengiran Yusuf yang juga Ketua Cawangan Kampung Sri Serbang, Bongawan itu mampu melonjakkan momentum pihaknya menjelang hari pengundian pada Sabtu ini memetik laporan HMetro.

“Kita bukan macam parti WARISAN, buat video, buat wayang…kita tidak.

“Kita tahu kita pembangkang, kalau kita buat wayang, orang tidak akan hormat kita, yang datang ini memang kualiti punya pemimpin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");