Perak Hari Ini

Program Food Bank YaPEIM 1.0 Sasar 2,500 Keluarga Kurang Berkemampuan Di Perak

TAPAH: Seramai 2,500 keluarga daripada golongan kurang berkemampuan di Perak disasarkan sebagai penerima sumbangan yang disediakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerusi Program Food Bank YaPEIM 1.0

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPIEM, Mukhtar Ramli berkata barangan sumbangan yang diagihkan ialah termasuk beras, gula, minyak masak, tepung, sardin dan biskut yang mana ianya berjumlah sekitar RM100 bagi setiap penerima.

Katanya, Program Food Bank YaPIEM yang memasuki siri ke-10 hari ini menyasarkan seramai 300 orang penerima yang masing-masing terdiri daripada 230 penerima di daerah Batang Padang dan 70 di Sungkai.

“Untuk di Batang Padang, seramai 300 keluarga dari kelompok B40 telah terpilih menerima sumbangan makanan ‘dry food’. Untuk seluruh negeri Perak jumlah keluarga yang terpilih adalah berjumlah 2,500 keluarga.

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa namun, sedikit sebanyak diharapkan ia mampu mengurangkan beban perbelanjaan ditanggung oleh kalangan penerima.

“Usaha dan inisiatif diambil ini adalah bukti komitmen YaPEIM untuk melestarikan aktiviti amal jariah dan kebajikan dijalankan, mencakupi setiap lapisan rakyat di seluruh negara,” katanya.

Selain itu jelas lagi, pengagihan bantuan melalui program tersebut telah pun dimulakan di Kelantan dengan melibatkan 200 keluarga sementara 600 penerima di Kuantan pada penghujung tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Food Bank YaPEIM 1.0 di Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui berkata beliau menyambut baik usaha YaPIEM dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Beliau juga menyeru agar pihak syarikat korporat yang lain dapat menjalinkan kerjasama dengan YaPIEM dalam menjayakan usaha yang sama tersebut.

“Kita mengalu-alukan pihak syarikat swasta atau badan koporat untuk bekerjasama dengan YaPIEM agar usaha untuk membanru golonvan yang memerlukan ini dapat diperhebatkan lagi.

“Justeru saya menyeru semua pihak untuk bertindak dengan begitu efisyen untuk memberi bantuan kepda golongan itu.

“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan usaha seperti ini kerana si samping apa yang kerajaan usahakan, ia dapat disemarakkan lagi menerusi kerjasama dan bantuan oleh pihak YaPIEM dan badan yang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");