Perak Hari Ini

Projek Pembangunan Ladang Hutan Simpan Bukit Kinta Telah Diminta Berpindah

IPOH: Kerajaan Perak telah meminta syarikat yang terlibat dengan cadangan projek pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Bukit Kinta untuk menjalankan projek tersebut di kawasan lain.

Ia rentetan daripada satu memorandum bantahan terhadap projek tersebut.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan berkata arahan tersebut dilakukan selepas semakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri mendapati kawasan yang dicadangkan sebelum ini tidak sesuai untuk dijalankan pembangunan ladang hutan.

“Adalah dimaklumkan juga bahawa kelulusan untuk mengusahakan ladang hutan di Hutan Simpan Bukit Kinta merupakan kelulusan dasar.

“Ia juga masih termaktub sepenuhnya kepada semakan Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan laporan penilaian Kesan Alam Sekitar atau Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA),” menurut kenyataan tersebut, di sini, hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap impak sesuatu projek pembangunan kepada alam sekitar mahupun masyarakat sekeliling.

“Kelulusan akhir sesuatu cadangan projek hanya akan diberikan sekiranya semua peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi berkaitan dipatuhi sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak telah mengurangkan hampir separuh Zon Pembangunan Ladang Hutan seluas 61,189 hektar yang telah diluluskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kelulusan Zon Pembangunan Ladang Hutan itu dikeluarkan oleh Majlis Tanah Negara pada tahun 2012 dan daripada 439,000 hektar yang diluluskan seluruh negara, 100,000 hektar terletak dalam Hutan Simpan Kekal di Perak.

“Daripada jumlah ini, hanya 7,828 hektar telah diusahakan manakala yang selebihnya masih dalam proses seperti penyediaan EIA dan Rancangan Pengurusan Hutan.

“Semua permohonan mesti melalui proses yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga telah memulakan usaha menambahbaik Prosedur Operasi Standard Pembangunan Ladang Hutan,” kata kenyataan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");