Perak Hari Ini

Proton City Bakal Terima Teknologi 5G Pertama

IPOH – Pelaksanaan penggunaan teknologi generasi kelima (5G) pertama di Perak dijangka bakal dibangunkan seawalnya suku pertama tahun ini di Proton City, Tanjung Malim.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata perkara tersebut telah dimaklumkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Perak, semalam.

“Saya telah diberikan taklimat oleh MCMC dan kalau ikutkan pada suku pertama tahun ini akan bermulalah projek 5G di daerah Muallim khususnya di kawasan Proton City,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Santuni Pelajar Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelapang Jaya di sini hari ini.

Menurut Hasnul, Proton City dipilih sebagai lokasi pertama berdasarkan kepada keperluan 5G untuk membantu perkembangan bandar automotif itu.

“Untuk pelaksanaan 5G ini sama seperti kluster-kluster yang terpilih seperti di Langkawi adalah di atas faktor pelancongan dan di Terengganu pula kerana kaitan industri minyak dan gasnya.

“Bagi negeri Perak ini, keperluannya adalah di kawasan industri automotif iaitu di daerah Muallim,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, kerajaan negeri sedia mengemukakan permohonan kepada MCMC agar teknologi 5G turut dibangunkan di Pangkor selaras dengan pengisytihar sebagai pulau bebas cukai.

“Kalau ikut perancangan akan ada peringkat-peringkat kawasan, tetapi saya tidak boleh beritahu secara spesifik kerana ia bergantung kepada pelaburan syarikat-syarikat telco sendiri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");