Membawang Hari Ini

Puteri Balqis Tiada Kanser, Kata Pakar

PAKAR Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed mengesahkan pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Aziz tidak menghidap kanser seperti yang didakwa sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Harian Metro, beliau berkata demikian dalam program Bersamamu yang ditayangkan di TV3 semalam. Terdahulu, media melaporkan Puteri Balqis memilih menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupannya seharian.

Puteri Balqis bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz berulang-alik dari rumah mereka di Setia Alam, Selangor ke beberapa lokasi di ibu negara untuk menjual buku puisi yang dihasilkan.

Masri berkata, dia menjalankan beberapa ujian termasuk ujian darah untuk mencari punca penyakit yang dihadapi pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 itu.

“Apabila saya jalankan segala ujian klinikal, saya tak dapat berikan satu kesimpulan apa masalahnya. Jadi, saya teruskan dengan pelbagai ujian darah kerana dia kelihatan sangat pucat.

“Saya tengok kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kanser, tetapi masalah berlainan,” katanya.

Namun, ‘masalah berlainan’ yang dimaksudkan masih lagi menjadi tanda tanya.

Sehingga kini, Balqis yang lebih mesra disapa dengan panggilan Aqish masih lagi mengalami muntah darah sejak penyakit itu mula menyerangnya pada 2018.

Kisah Balqis mula mencuri perhatian ramai selepas melihat mengenai kehidupannya yang kini hanya berdua bersama ibunya selepas wanita itu berpisah dengan suami sejak empat tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");