Perak Hari Ini

Radiasi 5G Sangat Kecil Untuk Undang Kanser

IPOH- Teknologi generasi kelima (5G) yang akan dilaksanakan di negara ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia seperti yang didakwa oleh segelintir pihak bahawa teknologi itu boleh membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, radiasi elektromegnetik yang dibawa 5G sebenarnya adalah jauh lebih rendah.

“Gelombang elektromegnetik yang dibawa 5G jauh lebih rendah jika kita menggunakan telefon bimbit pintar malahan jikalau dikatakan terdedah dengan risiko, ianya tidak tinggi.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan terus melakukan pemantauan dengan bekerjasama WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) di stesen pemancar yang besar dengan garis panduan yang telah ditetapkan dan kita akan,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Pecah Tanah Pusat Komersial Botani Village, Bandar Seri Botani, di sini, hari ini.

Namun begitu katanya, jikalau ada orang yang benar-benar takut kepada 5G, maka tidak perlulah pakai telefon bimbit atau terdedah kepada sinaran matahari.

Isu 5G menjadi perdebatan ramai apabila terdapat dakwaan menyatakan ia boleh membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai penggunaan teknologi itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");