Perak Hari Ini

Rakaman Audio Akan Tahu Minggu Ini

IPOH: Pengesahan nama kesemua individu yang dipercayai terlibat dalam sembilan rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8 Januari lalu akan diketahui dalam minggu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata siasatan sedang giat dijalankan selain tidak menolak kemungkinan kesemua mereka akan dipanggil selewat-lewatnya minggu hadapan bagi membantu siasatan.

“Kes sedang giat berjalan dan berkenaan dengan suara dalam rakaman-rakaman audio tersebut, apabila ianya berjaya disahkan, kesemua pemilik suara itu akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Dalam minggu ini ianya akan disahkan dan kemungkinan pada minggu sama kesemua mereka akan dipanggil.

“Jika tidak sempat, kita mungkin akan memanggil kesemua mereka itu pada minggu hadapan bagi tujuan sama,” katanya.

Selain itu, Abdul Hamid turut mengesahkan polis juga sedang menyiasat dakwaan wujud komplot jenayah bagi memalsu dan mengedar bahan bertujuan mencalar reputasi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 456 anggota dan pesara Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) di Briged Utara Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Khamis lalu dilaporkan Latheefa bersama-sama pegawai SPRM yang lain telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung pendedahan audio yang disyaki berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada awal Januari, SPRM telah mendedahkan nama 20 individu yang perbualan mereka dirakam berkaitan skandal berprofil tinggi tersebut.

Senarai itu termasuk beberapa tokoh asing, diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan selama 45 minit yang diperdengarkan SPRM pada satu sidang media di Putrajaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");