Perak Hari Ini

Remaja Maut Pandu Motosikal Lawan Arus

MANONG- Dua remaja lelaki disahkan maut selepas dua buah motosikal bertembung akibat dipandu secara lawan arus oleh seorang penunggang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ismail berkata, kejadian sekitar jam 11.30 malam itu berlaku di KM 34.5 Jalan Kuala Kangsar-Sayong-Tg Belanja berdekatan Kampung Seberang Manong, melibatkan buah motosikal.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku melibatkan mangsa, Mohamad Idham Ayoob,14 yang menunggang motosikal jenis Honda datang dari arah Dataran Amanjaya menuju ke arah Kampung Seberang Manong.

“Ketika sedang mara di lorong kanan, tiba-tiba datang seorang lagi remaja yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z di tunggang oleh Muhammad Fakhrul Iezam Muhamad Azrul,16 dari arah bertentangan telah masuk ke laluan Mohamad Idham dan menyebabkan pertembungan berlaku antara kedua-dua motosikal,” katanya.

Menurut beliau , kedua-dua mangsa kemalangan mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, Muhammad Fakhrul Iezam Muhamad Azrul telah disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 pagi dan Mohamad Idham Ayoob yang mengalami kecederaan pada kepala turut dilaporkan meninggal dunia.

Punca kematian masih belum dikenalpasti dan post mortem akan dijalankan.

Sementara itu menurut laporan, keadaan jalan tersebut berturap berkembar dua lorong dipisahkan oleh garisan berkembar sebagai pembahagi jalan tetapi gelap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");