Berita Hari Ini

RM5.4 Juta Bantu Kumpulan B40 Masyarakat India

KUALA LUMPUR – Unit Transformasi India Malaysia (Mitra) memperuntukkan RM5.4 juta melalui program bantuan Akshaya Patra, untuk dimanfaatkan 3,000 penerima daripada kumpulan B40 India, untuk membeli keperluan makanan asas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Senator P. Waytha Moorthy berkata setiap ketua isi rumah, akan menerima bantuan bernilai RM150 sebulan selama 12 bulan dan jumlah itu akan dimasukkan terus ke dalam e-wallet sedia ada menggunakan cip kad pengenalan penerima bantuan berkenaan.

“Program ini bersifat sementara bagi memberikan mereka suatu ´kelegaan´, supaya selepas ini mereka boleh memikirkan cara lain untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu di sini, malam tadi, lapor Bernama.

Jelasnya, pembelian tanpa tunai melalui kad pengenalan itu, boleh dilakukan di rangkaian pasar raya terpilih seperti Mydin, TF Valuemart, EconSave, Giant, Tesco dan Speedmart99.

Program itu dijalankan dengan usahasama melalui Yayasan MyKasih dan golongan isi rumah yang layak dikenal pasti daripada sistem eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, dengan melibatkan masyarakat India di beberapa negeri antaranya Selangor, Johor, Kedah dan Pahang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");