Perak Hari Ini

Rumah Perakku Bermula RM70Ribu Bukti PH Tunai Janji

Mungkin masih ada rakyat Perak menganggap kerajaan baharu gagal melaksanakan usaha-usaha untuk membantu dan meringankan beban rakyat. Namun anggapan itu hanyalah salah satu hasutan-hasutan kecil dari pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk memberi perspektif jahat terhadap kepimpinan kerajaan Perak.

Antara usaha yang jelas telah dan bakal dinikmati oleh rakyat Perak adalah pendekatan kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada masyarakat B40.

Zaman Perak ditadbir BN perkara ini tidak akan berlaku, namun kini rakyat Perak boleh memiliki rumah dengan harga bermula RM70,000 tanpa risau akan kualiti kediaman tersebut.

Ini kerana, aspek keselamatan kediaman sangat-sangat dititikberatkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan projek rumah Perakku adalah bukti rumah harga mampu milik dengan kualiti baik mampu direalisasikan.

Enggan berbolak-balik dalam perkara-perkara berkaitan rakyat, bagi Ahmad Faizal, projek perumahan Rumah Perakku yang dilaksanakan melalui syarikat Naluri Majujaya Sdn Bhd iaitu usahasama di antara Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan MK Land Holdings Berhad di Gopeng mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembeli.

“Apa yang baik, kita buat cepat-cepat, asalkan perkara tersebut selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk melipat gandakan usaha bagi memenuhi impian golongan B40 untuk memiliki rumah sendiri.

“Ia sangat mendapat sambutan dan setakat ini sebanyak 137 unit rumah Perakku Fasa Pertama telah terjual sepenuhnya hanya dalam tempoh dua jam.

“Bagi saya ini buktikan bahawa, rakyat memang menginginkan kediaman sendiri tetapi tidak mampu memiliknya, jadi kita sebagai kerajaan negeri bantu memudahkan usaha-usaha rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

“Melalui kerjasama ini, kerajaan negeri juga mampu menunaikan janji kepada rakyat untuk menyediakan kediaman mesra milik kepada rakyat Perak,” katanya.

Ahmad Faizal dalam masa yang sama turut merakamkan penghargaan kepada agensi di bawah kerajaan negeri seperti MB Inc., yang telah memberikan komitmen penuh dalam usaha kerajaan negeri merealisasikan sasaran untuk membina sebanyak 50,000 unit rumah mesra milik dalam tempoh lima tahun di seluruh negeri Perak.

“Perkara ini amat bertepatan dengan peranan GLC negeri untuk bergerak seiring dengan kerajaan negeri dalam memberikan keadilan sosial kepada rakyat dan bukannya terlalu menumpukan kepada keuntungan perniagaan semata-mata,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");