Perak Hari Ini

Saman Pemula: MB Perak Akan Rujuk Penasihat Undang-undang Negeri

IPOH: Kerajaan Perak akan merujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri berkenaan saman pemula yang dibuat Aswannudin Hariffudin berkenaan isu hak milik kekal tanah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-undang Negeri bagi tindakan seterusnya.

Ujarnya oleh kerana perkara itu sudah dibawa ke peringkat mahkamah, beliau meminta agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal tersebut.

“Saya difahamkan ada satu notis saman terhadap keputusan yang dibuat oleh pentadbiran Kerajaan Perak yang terdahulu, bukan semasa pentadbiran saya, iaitu berkenaan dengan masalah hak milik kekal tanah.

“Disebabkan ia dibawa ke peringkat mahkamah maka saya tidak dapat mengulas lanjut. Saya juga menyeru untuk semua pihak untuk tidak berbincang perkara yang sama,” katanya.

Selain itu jelas beliau, pentadbiran kerajaan negeri yang terbaharu ini masih belum membuat sebarang ketetapan terhadap isu hak milik kekal tanah di Perak.

“Kita akan tunggu keputusan mahkamah nanti dan walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan sebelum ini, walaupun tanpa saman pemula itu, kita buat ketetapan yang mana ianya akan dibincangkan bersama-sama pihak parti dan pemimpin negara.

“Dan daripada keputusan-keputusan mereka, saya akan buat tindakan selanjutnya berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi wawancara khas di Radio Malaysia Perak FM di RTM Perak, di sini, hari ini.

Pagi tadi, Aswannudin telah bagi hadir menyerahkan beberapa dokumen kepada Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Mohd Jaffrey Mohd Zainol di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini.

Menurut Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Perak itu, secara individu beliau memfailkan saman pemula kepada Kerajaan Negeri berkenaan pelaksanaan pemberian hak milik tanah kekal kepada kampung-kampung baharu.

Katanya saman sivil itu dibuat semalam di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");