Umum sedia mengenali penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista yang popular dengan beberapa lagu hitsnya. Pelantun lagu kopi dangdut ini turut kembali menjadi sebutan di Malaysia selepas menjadi juri Maharajalawak Mega 2019 tempoh hari.
Baru-baru ini, menerusi Instagram penyanyi tersebut, dia telah membuat kolaborasi dengan sebuah pusat karaoke keluarga di Indonesia bagi memberi hadiah cabutan bertuah berupa pakej umrah kepada 62 pengunjung bersempena hari lahirannya.
Inul turut membuat sidang media dengan mengumumkan para pemenang yang berjaya menyertai umrah bersama ratu dangdut itu dan menelefon sendiri mereka melalui panggilan video secaral langsung.
Menurut sumber, mereka akan berangkat menunaikan umrah sekitar Mac 2020 nanti bersama Inul serta keluarganya juga.
Menggunakan ayat ‘Gratis Umroh’ dalam mengiklankan perkara itu, Inul mengakui bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berkongsi rezeki bersama 62 orang pelanggan bertuah pusat karaoke keluarga tersebut ke Tanah Suci.
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat itu, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa kagum dengan kemuliaan pekerti Inul Daratista yang bermurah hati menaja pakej umrah buat 62 orang pelanggan bertuah pusat karaoke tersebut.
Sumber : Inul Daratista