Perak Hari Ini

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Perak Di Eco Park Botani

IPOH: Jika pada tahun lepas ia diadakan di taman tema Lost World of Tambun, namun pada tahun ini Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak bakal diadakan di Taman Eco Park 1, Bandar Seri Botani, dekat sini.

Majlis yang dijadualkan berlangsung pada 6 Februari nanti itu dijadualkan menerima keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata majlis yang berlangsung selama lima jam bermula pada jam 6 petang itu dijangka menerima 10,000 kunjungan.

“Kelainan pada sambutan kali ini ialah kita bakal ada persembahan di dua buah pentas. Satu di pentas utama dan yang kedua, persembahan pentas yang bakal berlangsung di atas tasik di taman tersebut.

“Selain persembahan kebudayaan Cina, kita juga akan menampilkan persembahan kebudayaan pelbagai kaum di ‘cultural walk’.

“Para pengunjung dapat menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan tempatan daripada pintu masuk sehingga tiba di kawasan utama,” katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, sebanyak 40 kendera saji atau ‘food truck’ serta 40 jerai pameran dan jualan turut akan disediakan sepanjang majlis itu berlangsung.

Pada masa sama, katanya terdapat beberapa acara yang turut berlangsung sama di acara tersebut antaranya bengkel kesenian, persembahan jalanan, festival jalanan serta jualan hasil kraf tangan.

“Untuk soal parkir dan keselamatan kita memberi jaminan bahawa ia akan berada dalam keadaan baik. Pada penganjuran kali ini juga, kerajaan negeri turut bekerjasama beberapa pihak swasta.

“Justeru, kerajaan negeri menyeru agar orang ramai daripada pelbagai kaum untuk kita hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis ini nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");