Panasnya Hari Ini

Satu Lawan Satu Di Kimanis Adalah Luar Biasa – TPM

MEMBAKUT: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pertembungan satu lawan satu di antara Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis sebagai situasi luar biasa.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan situasi itu berbeza dengan keadaan sebelum ini yang menyaksikan Sabah terkenal sebagai negeri yang ramai calon Bebas bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

“Saya tanya juga adakah calon Bebas datang, tapi memang tiada. Jadi, ia satu pertandingan yang menarik, satu lawan satu di antara WARISAN dengan BN,” katanya kepada pemberita selepas penanaman calon PRK Kimanis di sini hari ini.

WARISAN mempertaruhkan Ketua Bahagian WARISAN Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67, manakala BN diwakili Datuk Mohamad Alamin, 48, yang juga Ketua Bahagian UMNO Kimanis.

Dr Wan Azizah berkata sebagai rakan Pakatan Harapan (PH), PKR akan berusaha memastikan calon WARISAN memenangi PRK itu.

Beliau turut memuji proses penamaan calon yang berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini di antara penyokong kedua-dua pihak.

“Tiada apa-apa insiden (buruk) berlaku walaupun jarak di antara penyokong WARISAN dan BN dekat,” katanya.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menyertai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan pemimpin PH serta WARISAN mengiringi calon WARISAN ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir.

Penyokong PH Sabah yang disertai PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) membantu jentera WARISAN sepanjang kempen selama dua minggu yang bermula hari ini memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");