Perak Aman Jaya

‘Saya Di Landasan Benar, Tak Terlintas Masuk Parti Lain’

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menafikan beliau memohon menyertai Bersatu kerana “tidak terlintas untuk menyertai parti lain”.

“Itu (sertai parti lain) tidak terlintas dalam fikiran kerana bila kita berada di landasan yang benar, tidak jadi masalah di mana kita berada,” kata Zuraida merujuk “borang permohonnanya” yang tular semalam.

Menteri perumahan berkata demikian selepas perhimpunan bulanan penjawat awam serta pelancaran laporan pencapaian kementeriannya bagi 2019.

Beliau ditanya sama ada akan menyertai parti lain selepas dibelit masalah dalaman dalam partinya.

Ini bukan kali pertama spekulasi Zuraida akan menyertai Bersatu tersebar. Beliau bagaimanapun konsisten menafikan dakwaan itu.

Dalam insiden terbaru semalam, borang berkenaan disertai dengan surat mendakwa Anwar gagal menyatukan PKR walaupun Zuraida dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuba “menyelamatkan” parti itu memetik laporab MKini.

Surat berkenaan turut menyatakan sokongan Zuraida kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Bersatu.

Sementara itu, Zuraida yang juga anggota parlimen Ampang juga berkata beliau enggan membuang masa melayan “isu-isu remeh”.

“Saya tak kisah (kalau ada pihak mahu laga-lagakan saya). Pada saya ini perkara remeh. Saya tak akan buang masa saya untuk perkara remeh seperti ini.

“Seperti apa yang setiausaha agung (PKR) kata untuk saya bertenang, pada saya perkara tenang tak jadi isu kerana saya sangat tenang apabila parti saya dalam keadaan paling susah pada 2004, saya masih dalam parti untuk membina parti.

“Tapi, setiausaha agung saya lari pada ketika itu. Jadi, dia yang tak tenang. Saya lebih tenang,” katanya.

Zuraida juga turut kelihatan sebak ketika bercakap perkara tersebut. Kelopak matanya bergenang air mata.

Tahun 2004 dianggap tahun sukar bagi PKR apabila ramai meninggalkan parti itu.

Saifuddin sendiri ketika itu berkhidmat di Kelantan bawah pimpinan menteri besar allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menasihatkan Zuraida supaya tenang dan “tumpu” dalam menjawab pertuduhan dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh lembaga disiplin parti kepadanya.

Zuraida, bulan lalu menyelar Anwar pada satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tindakan itu menyebabkan beliau diberikan surat tunjuk sebab.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");